Pengguna laman sosial hampa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dalam insiden kehilangan helikopter yang dilapor hilang petang ini.
Perasaan itu dikongsi di akaun milik Man Toba sejurus laporan berkenaan kehilangan itu.
“Berita yang agak sedih. Helikopter hilang dari radar tu Najib tak Naik”, tulisnya di Facebook.
Perasaan itu turut dikongsi oleh pengguna-pengguna laman tersebut di ruangan komen.
Malah, selain berkongsi perasaan sama, status berkenaan juga turut dikongsi oleh pengguna lain.
“Disappointed betoi”, luah salah seorang pengguna turut memberi respon di ruangan komen di status berkenaan.
Berita kehilangan helikopter RP-C 6828 itu dilaporkan hilang jejak daripada radar sekitar 5.00 petang hari ini.
Penerbangan Betong ke Kuching itu turut membawa beberapa orang kenamaan termasuk seorang Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen.
Sehingga kini, pengamal media masih berkumpul di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuching untuk mendengar siding media khas berkenaan insiden tersebut.
Setakat ini status semua penumpang yang berada dalam helikopter masih belum diketahui.
Pihak pasukan penyelamat sedang bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk operasi mencari dan menyelamat. – 5 Mei 2016