Masih tak puas hati lagi Najib dan subsidi terus diberi kepada IPP dan rakyat tanggung beban atas nama dasar dan sistem.
Nak untung bagaimana lagi Najib? Buatlah biz lain bukan jual shj yg sedia ada dan serah kepada bukan melayu? – Ana Ghoib bengang…. hanaya itulah shj jenama Melayu selain proses cukai menggila sejak berzaman cara mudah untung kerajaan.
Malaysia Airlines menurut Najib hari ini mungin terlewat di selamatkan – Tahniah oleh kerana sememangnya orang tamak selalu rugi tapi malangnya kerugian kamu si bakhil dalam kerajaan ini menyusahkan kami.
Contoh tamak ialah soal royalti kalau dalam soal menyelamatkan rakan niaga memang kerajaan champion!
Laporan Bharian di bawah:
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan terpaksa menaikkan tarif elektrik bagi melindungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada berdepan kerugian, sekali gus menjejaskan masa depan 34,900 pekerjanya.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, ia juga langkah jangka panjang bagi memastikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menjadi nadi menjamin tenaga eletrik negara, selain mengelakkan syarikat defisit.
Beliau berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kerja TNB bersama Perdana Menteri di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB, di sini, sebentar tadi.
Pada majlis itu, Najib melancarkan Program Transformasi 1TNB, mengandungi enam Bidang Keberhasilan Utama antaranya menambah baik hubungan dengan pihak kawal selia; melangkaui kepuasan pelanggan; meluaskan bisnes baharu; mentransformasikan organisasi serta memperkukuh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).
Sumber Bharian