Saya Berharap Agar Suami Saya Bersabar Dengan Dugaan Ini - Rosmah


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berharap suaminya, Datuk Seri Najib Razak agar sentiasa bersabar ekoran pelbagai perkara yang melandanya ketika ini.

Rosmah juga mengingatkan bahawa ia merupakan dugaan Allah.

Sehubungan itu, katanya, apa yang paling penting ketika ini ialah berdoa dan reda dengan apa yang terjadi kerana Allah mengetahui dan memahami perkara sebenarnya.

“Nasihat saya supaya bersabar banyak-banyak kerana ini adalah dugaan dari Allah. Apa yang mustahak, Allah faham dan memahami perkara sebenarnya.


“Apa-apa pun kita harus berdoa dan reda pada Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media pra-pelancaran Persidangan Antarabangsa PERMATA 2016 di Seri Perdana, Putrajaya hari ini.

Rosmah berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung apakah nasihat beliau selaku isteri perdana menteri memandangkan Najib kini sedang berdepan serangan bertubi-tubi.

Najib ketika ini terpalit dengan pelbagai kontroversi terutama dalam isu 1MDB dan sumbangan daripada Arab Saudi bernilai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »