KUALA LUMPUR : Pelajar Malaysia di luar negara dinasihat supaya mencari pendapatan tambahan bagi menampung kos perbelanjaan yang meningkat ekoran kejatuhan matawang Ringgit.
Nasihat itu diberikan Pengerusi Kelab Alumni UMNO Luar Negara, Datuk Ahmad Maslan.
Katanya, mereka boleh menggunakan kesempatan cuti di hujung minggu untuk melakukan kerja sampingan.
“Saya pernah berhadapan dengan perkara itu. Secara peribadi dahulu ketika belajar di New Zealand,”katanya.
Bagaimanapun beliau mengingatkan supaya kerja sampingan yang dilakukan tidak sampai menjejaskan tumpuan pembelajaran.
Katanya, dalam keadaan sekarang, pelajar berkenaan perlu pandai mengatur perbelanjaan.
“Kita harap pelajar di sana pandai buat adjustment terhadap belanja masing-masing. Buat adjusment.
“Jika dibenarkan bekerja yang dibolehkan, yang tidak menggangu pelajaran… saya tahu ramai yang bekerja sambilan terutama di hujung minggu misalnya untuk dapatkan pendapatan tambahan apabila perkara seumpama ini (berlaku),” katanya kepada pemberita pada Majlis International Branding Showcase di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Khamis.
Berikutan kesulitan yang berlaku, Ahli Parlimen Pontian itu meminta penaja memikirkan kaedah untuk membantu pelajar berkenaan.
Katanya, paling teruk menerima kesan, mereka yang menggunakan duit sendiri untuk menghantar anak belajar luar negara.
“Apabila saya menghantar anak ke United Kingdom saya amat mengetahui bahawa bagaimana ibu bapa yang menghantar secara peribadi ini agak tertekan dengan penyusutan nilai Ringgit atau pengukuhan nilai Dolar. Ia adalah satu cabaran yang perlu kita hadapi bersama,” ujarnya.
1 comments:
commentsmuka da mcm pala buto.. tak abis2 susah kn org...kalau aku kaya, aku beli senjata aku tembak kepala ko... bodo..
Reply