Salah seorang ahli kumpulan Shiro, Shahrol Azizie Azmi terpaksa menjalani pembedahan selepas terkena jangkitan sinus di sebuah hospital swasta di Johor Bahru pagi esok.
Shahrol Shiro menyatakan dia tidak menyangka masalah pening kepala sehingga berdenyut-denyut sejak beberapa hari yang lepas kerana jangkitan sinus.
“Sudah seminggu saya sakit kepala dan rasa berdenyut di bahagian kening kiri sangat mengganggu sampaikan tidur malam tidak lena.
“Saya bimbang dan pergi buat pemeriksaan di hospital pada Ahad lalu.