Gempar!! Sirul Dedahkan Lima Nama Kaitkan Najib-Altantuya



KUALA LUMPUR - Bekas komando polis Sirul Azhar Umar didakwa mendedahkan nama individu yang kononnya cuba merasuah atau memujuk beliau mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Memetik laporan Malaysiakini, terdapat lima nama yang disebut oleh Sirul, bagaimanapun sumbernya enggan mendedahkan identiti pihak yang dinyatakan itu buat masa ini.

Sumber itu memberitahu individu tersebut datang dari parti pemerintah dan pembangkang.



"Saya tidak boleh memberitahu anda siapa mereka (buat masa ini) tetapi beberapa nama-nama besar telah disebut.

"Sesetengah daripada mereka (didakwa) mendekati Sirul secara langsung ketika orang lain cuba berhubung dengannya melalui pembantu atau wakil mereka.

"Video (mengenai pendedahan) itu akan dikeluarkan tidak lama lagi," kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Terdahulu, dalam klip video pertama sepanjang 2.51 minit, Sirul mengulangi dakwaan peguamnya bahawa ada pihak tertentu cuba menggunakannya untuk menjatuhkan dan memfitnah seorang individu tidak dinamakan.

Meskipun tidak menyatakan siapakan orang dimaksudkan, ia jelas merujuk kepada perdana menteri.

Menerusi video kedua pula Sirul menafikan laporan media bahawa seorang "wanita" tidak dinamakan sedang hamil ketika dibunuh.

Sirul sebelum ini disabitkan Mahkamah Persekutuan atas kesalahan membunuh Altantuya - seorang wanita warga Mongolia - namun dia melarikan diri dari Malaysia ke Australia.

Sirul kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, atas kesalahan imigresen, selain berusaha cuba mendapatkan "visa perlindungan" yang membolehkan dia hidup bebas di Australia.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »