Member aku dulu, rumah dia kena rompak. Perompak yang rompak rumah dia ni, bukan sekadar rompak, malah ugut bunuh satu rumah. Perompak itu bukannya rakyat Malaysia,berdasarkan dialek kata-kata perompak tu.
Kisahnya, banyak barang yang perompak ni ambil, termasuk sebuah Iphone milik member aku ni.
Apabila perompak tu blah dari rumah tu, member aku ni cepat-cepat call abang dia supaya detect location Iphone dia. Iphone kan ada perisian yang boleh detect location handphone.
Detect punya detect, handphone yang dipegang oleh perompak tu tak jauh daripada rumah member aku ni.
Polis datang ke rumah member aku ni.
Disebabkan dah tahu location perompak tu, member aku ni cepat-cepat pergi beritahu polis tu.
Kau tahu apa polis tu jawab?
"Oh, kami tak boleh main detect-detect macam ni. Tak ada bukti."
Kepala butuh takde bukti, member aku cakap. Bukan aku.
Terang-terang abang dia kata, location handphone tu ada di sekitar taman perumahan tu lagi. Maknanya, perompak tu tak jauh dari rumah tu. Dan maknanya, polis ada time lagi nak cari.
Tapi tak. Polis tu dok sibuk tanya itu ini kat mak ayah member aku ni. Member aku punya berang, dia tinggikan suara kat polis tu, sebab tempoh location Iphone yang boleh detect tu tak lama. Sejam je seingat aku.
"Kami ada prosuder untok tangkap perompak macam ni. " kata polis itu.
Prosuder tak prosuder, sejam pun dah berlalu, dan location Iphone itu tak kelihatan lagi.
Kalaulah, kalaulah kan, polis tu cepat-cepat ikut location Iphone tu, inshaAllah, mesti dapat berkas perompak-perompak tu. Susah sangat ke nak senangkan kerja?
Perompak tu dah terbukti ada kat area tu, at least kau buatlah something. Ini kau rileks je, macam takde apa-apa.
Disebabkan kesiputbabian polis tu, perompak tu senang hati je nak teruskan program rompakan dia yang seterusnya selepas ni.
Kes ni dah lama dah. 3, 4 tahun lamanya. Member aku tu pun dah beli Iphone 7 agaknya.
Kesian. Benda ni lagi kesian sebab kena kat member aku.
Bila aku dengar kes rumah anak TPM kena rompak, aku rasa simpati juga sebenarnya. Dalam kepala aku, mesti polis tak layan kes dia.
Yelah, member aku kena rompak, polis buat derk. Member aku kena cabul, polis pun buat derk. Jadi, yang anak Zahid Hamidi ni pun mesti mengalami nasib yang sama.
Tetibe dengar pulak yang ada berita polis sedang siasat dan pasukan forensik dah pun siasat sama.
Aku jadi pelik.
Apsal member aku kena rompak takde pun sampai forensik bagai tapi anak TPM kena?
Bukan ke anak TPM dan member aku ni dua-dua rakyat Malaysia.?
Patutnya dapat hak yang sama la kan?
Ke aku silap?