Kata orang cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar dengar. Mungkin itulah gambaran anak muda Melayu ini begitu angkuh setelah menjadi calon DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.
Bagi sesiapa yang sering mengikuti ceramah kempen Abdul Aziz Isa Maridon, dia memang biadap kerap hina Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem sebagai boghut iaitu dialek bahasa Hokkien bermaksud pengecut.
Konon, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak itu ditohmah takut ‘bertemu’ dirinya di kerusi Batu Kitang dan memilih kerusi selamat di Tanjung Datu di sebalik kenyataan 75 peratus kaum Cina Sarawak menyokong Adenan.
Abdul Aziz Isa dengan sombong mendakwa parti PBB diterajui Adenan juga rasis berbanding DAP mencalonkan dia di Batu Kitang waima majoriti pengundinya Cina sebagai bukti parti pembangkang itu bukan perkauman.
Hakikatnya, Abdul Aziz Isa terlupa masyarakat Melayu di Sarawak sedar tindakan DAP meletakkan dia di situ bertindih pula sekutunya PKR kerana bimbang akan kalah teruk di kawasan majoriti pengundi bumiputera Islam.
Menurut sumber tempatan, rekod moral Abdul Aziz Isa dalam kalangan umat Islam Sarawak bukanlah baik sejak dia pernah membawa isu kelemahan pengurusan Baitulmal negeri itu yang sebenarnya tidaklah kritikal sangat.
Itu cerita zaman dulu dan sejak itu nama Abdul Aziz Isa menjadi semakin teruk apabila tersebar cerita dia pernah minum arak di sebuah bar terkenal selain memang dikenali sebagai kaki sosial ‘clubbing‘ di pusat hiburan elit.
Gambar dia teguk arak beer bukan rahsia sehingga pernah tersebar perbualan WhatsApp si Abdul Aziz dengan seorang wanita (dipercayai kekasihnya) marah dia sebagai ‘kaki mabuk’ sampai terlibat dalam satu kemalangan.
Memang betul siapalah tidak pernah buat dosa masa muda dan kembali bertaubat apabila insaf. Masalahnya, Abdul Aziz Isa pula kata sumber lagi ibarat alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai terus ke pangkal lengan.
Selain pernah dilabel sebagai lelaki lembut (lebih teruk ada pula dakwa dia pondan), imej Abdul Aziz Isa di mata masyarakat Islam Sarawak ‘sifar cemerlang’ kerana dianggap berfikiran liberal, celupar dan suka maki hamun.
Anak saudara bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud (kini Yang Dipertua Negeri) ini juga bukan contoh role model dalam arena siasah apabila dikatakan terlalu gelojoh bercita-cita mahu menjadi ketua menteri.
Tidak hairanlah dia terpaksa keluar PBB tetapi akibat ‘dendam’ kepada parti teraju komponen BN Sarawak itu, dia buat fitnah PBB dan UMNO konon sebagai rasis hanya untuk orang Melayu berbanding DAP yang multiracial.
Itulah modal sering dicanangkan Abdul Aziz Isa setiap kali ceramah atas pentas DAP hingga terlupa bahawa PBB turut disertai kaum pribumi Dayak manakala UMNO juga dianggotai orang Siam dan bumiputera bukan Islam.
Bayangkanlah jika Abdul Aziz Isa bertanding di kerusi Melayu, semua cerita zaman lampau moral busuk dirinya akan didedah lebih teruk oleh BN dan inilah amat ditakuti oleh DAP sendiri kerana dia dianggap anak emas DAP.
Justeru, memang patutlah Abdul Aziz Isa bertanding bukan di kerusi Melayu kerana kaum Cina yang ‘tegar’ DAP tidak mempersoalkan berapa botol arak diteguk olehnya selain tidak peduli dirinya suka pergi lepak kelab malam.
Setakat ini belum pernah Abdul Aziz Isa menonjolkan dirinya kaki beribadah di dalam masjid atau terlibat aktif dengan aktiviti keagamaan umat Islam setempat dan kita pun boleh agak kenapa sebabnya!
Sumber