Saya bersetuju jika cuti di johor menjadi Sabtu dan Ahad sebagaimana sebelum ini . Melihat kepada beberapa isu atau perkara yang perlu dipertimbangkan:
1. Terdapat ibu bapa yang terpaksa mengambil/menghantar anak ke sekolah berasrama di luar negeri johor yg mana cuti negeri berkenaan adalah Sabtu dan Ahad.
2.Cuti antara sektor awam dan swasta di Johor tidak selaras menyebabkan ada dlm kalangan ibu bapa/pekerja yang terpaksa mengambil cuti untuk menyelesaikan sebarang urusan.
3.Penjaga anak/babysitter terpaksa bekerja hampir setiap hari dalam seminggu.
4. Urusan di hampir keseluruhan negeri khususnya yg melibatkan kenduri-kendara,majlis dll melibatkan sabtu dan ahad.
5. Kerisauan ibu bapa terhadap anak-anak yg tiada kawalan semasa cuti pada hari jumaat kerana ibu bapa bekerja. Anak-anak walaupun telah dewasa khususnya golongan yang berada di peringkat umur remaja boleh terlibat dengan masalah sosial tanpa pengawasan ibu bapa kerana ibu bapa bekerja pada hari anak-anak bercuti.
6. Waktu berkualiti bersama keluarga berkurangan lantaran cuti sektor swasta dan kerajaan berbeza. Waktu yang perlu diluangkan untuk anak-anak berjalan-jalan/riadah/mencari keperluan harian dll terjejas/terhad.Anak-anak yang bekerja di luar Johor pula apabila pulang ke kampung di Johor tetapi ibu bapa pula bekerja.
7. Terdapat dalam kalangan murid sekolah yang terpaksa cuti/ponteng atau tidak hadir ke sekolah kerana mengikuti urusan keluarga.
8. Masih terdapat dalam kalangan masyarakat Johor yang tidak menunaikan solat jumaat sejak sebelum pelaksanaan hari cuti jumaat/sabtu dan selepas pelaksanaan cuti jumaat/sabtu.
9. Ada dalam kalangan masyarakat Johor yang sengaja menjadikan alasan untuk tidak solat jumaat kerana melaksanakan sesuatu perkara yang boleh dilaksanakan di luar waktu solat seperti pergi berkelah,berjalan-jalan dll.
Sekadar pandangan peribadi dan boleh ditolak. Saya memahami masalah yang dihadapi kerana sebelum ini bertugas di negeri Johor dan sekarang menetap di luar Johor. Semoga isu berkenaan dengan cuti ini dapat diselesaikan dengan segera insyallah. Saya juga berharap tiada pihak yang menjadikan sebarang alasan untuk tidak menunaikan solat jumaat jika Johor kekal dengan cuti Jumaat/Sabtu😊😊
Saya bersetuju jika cuti di johor menjadi Sabtu dan Ahad sebagaimana sebelum ini . Melihat kepada beberapa isu atau...
Posted by Selaraskan Cuti Hujung Minggu Johor on Saturday, April 9, 2016