5 Alasan Kukuh Mengapa Anda Perlu Berwaspada Dengan Wanita Kelantan!

5 Alasan Kukuh Mengapa Anda Perlu Berwaspada Dengan Wanita Kelantan. Sila waspada dan awas apabila berkawan dengan wanita dari Kelantan. Kerana apa? Untuk itu anda perlu baca post ini dengan teliti dan penuh ketenangan.

 Saya akan berikan lima alasan untuk anda terutama lelaki supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati apabila berkawan dengan wanita yang berasal dari Kelantan, apatah lagi andai anda menjalinkan hubungan serius dengannya.

Pengalaman saya pernah berkawan dan bercinta dengan wanita atau gadis dari Kelantan. Ketika itu, saya berada di tahun akhir pengajian di IPT. Memang tidak disangkal, gadis dari Kelantan memang lawa-lawa dan cantik. Kata kawan saya, gadis Kelantan dari Pasir Mas adalah yang paling cantik. Kata dia lagi, kebanyakkannya; disebabkan oleh kahwin campur dengan pedagang Arab satu ketika dahulu.

Kalau anda perhati betul-betul, itulah antara sebab ramai wanita dan gadis Pasir Mas yang mempunyai hidung mancung dan kulit putih cerah, serta mempunyai warna mata yang menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah memakai celak. Kemudian, kulit dan tangan mereka nampak gebu dan kelihatan lembut. Ma Sha Allah.

5 Alasan Agar Berwaspada Apabila Berkawan Dengan Wanita Kelantan

Cantik-cantik, tapi awas ... berkawan dengan wanita dan gadis Kelantan memang ada risiko. Sepertimana saya, bercinta bagai nak rak, tetapi akhirnya putus cinta tak sampai pun setahun menjalinkan kemesraan .. sob .. sob.... huwaaaaa ... uhuk..uhuk.

Ok, saya nak kongsikan sedikit info am yang mungkin tidak 100% benar, namun kalau mengikut perkembangan dan pemerhatian semasa, mungkin ada daripada anda yang akan bersetuju dengan lima alasan ini ...

1. Elakkan Menipu Wanita Kelantan Dalam Hal Berniaga

Uhh .. wanita Kelantan memang bijak berniaga. Tak perlu jenguk jauh-jauh, anda pergi sahaja ke Pasar Khadijah ... di situ sudah nampak bukti bahawa wanita Kelantan memang hebat dalam berniaga. Bukan setakat berniaga kecil-kecilan, berniaga besar-besaran pun hebat .. tak percaya? Lihat sahaja Neelofa, Datuk Sri Vida dan ramai lagi. Kalau anda didapati menipu dalam bab berniaga ni, awas ... anda mungkin akan berhadapan dengan masalah .... hehehe.



2. Mereka Sangat Menggoda

Walaupun mereka tidak berwatakan gelenya atau gatal, tetapi mereka mempunyai penampilan yang cukup menggoda. Tak perlu nak tergedik-gedik seperti sesetengah wanita dan gadis ... wanita Kelantan menerusi kecantikan semulajadi sudah cukup untuk membuatkan lelaki tergoda. Malah, ada ramai perempuan yang menjadikan wanita dan gadis Kelantan sebagai idola mereka .. tak percaya? Lihat sahaja Neelofa .. huhuhu. Jadi, awas .. anda mungkin mudah tergoda dengan mereka.



3. Sangat Berdikari

Ada masa saya akan menonton rancangan BersamaMu TV3, menerusi rancangan itu ... setiap kali disiarkan kisah keluarga yang bermasalah terutamanya di Kelantan, maka akan muncullah satu 'ikon' wanita yang sangat berdikari dalam membantu keluarga. Wanita Kelantan juga terkenal dengan sikap mereka yang rajin berusaha dalam mencapai sesuatu kejayaan .... mereka boleh hidup dengan hebat tanpa bantuan lelaki. Tidak percaya? Anda lihat sendiri pengasas produk Qu Puteh .... huhu. Jadi, awas ... lelaki mungkin tidak penting dalam hidup wanita dan gadis dari Kelantan (dalam aspek untuk sara kehidupan).

4. Manisnya Mulut dan Lembutnya Tutur Kata

"Aduh... sakitnya tuh di sini .. di dalam hatiku .." haha... tetiba teringat kisah lampau ketika bercinta dengan gadis Kelantan. Yeap ... memang benar, kebanyakkan wanita dan gadis dari Kelantan bermulut manis dan lembut tutur kata. Mereka bijak menggunakan ayat sehingga membuatkan ramai boleh cair dan terpikat, hatta bila berbicara di dalam loghat Kelantan. Kalau tidak, masakan saya boleh jatuh hati ... kui kui kui ....  nak minta break pun, boleh menerima dengan lapang dada (ketika itu) seadanya. Jadi, awas dengan bicara wanita Kelantan ...  huhuhu .. cubalah masuk ke gerai-gerai yang ada di Pasar Khadijah, dan anda akan tahu apa maksud saya.


5. Berani

Wanita dan gadis dari Kelantan memang berani. Malah, kadangkala lebih berani dari mana-mana lelaki ....hmmm pernah tengok video viral wanita Kelantan bertumbuk dan berterajang tak? Ngeri tak? Uhh .. dalam kelembutan seorang wanita dan gadis dari Kelantan, ada 'kekerasan', kecekalan dan keberanian. Jangan main-main, anda mungkin jadi 'mangsa' mereka. Lihat sahaja keberanian yang ada pada seorang pengasas produk kecantikan yang popular di Malaysia, pengasas Qu Puteh .. lihat betapa beraninya beliau sehingga berjaya mengecat Stadium Kelantan dengan warna pilihannya ... malah, jersi pasukan bolasepak Kelantan pun dia ubah ... fuh memang powerrrr!! Mereka juga berani mengambil peluang tanpa fikir risiko dengan mendalam ...

Okeh ... amacam? Agak-agak relevan tak dengan apa yang saya kongsikan ini dengan kewaspadaan yang perlu ada apabila berkawan dengan wanita dan gadis dari Kelantan?

Semoga Pengalaman saya ini sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk mengenali lebih dekat lagi dengan wanita yang berasal dari kelantan.

Post ini telah ditulis berdasarkan pengalaman sendiri dan diolah daripada artikel asal yang diterbitkan dalam Vanilla Kismis.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »