Cara Memantapkan Payudara Anda tanpa Melakukan



Tentu ramai yang prihatin akan keadaan fizikal payudara dan mahu memastikan ia sentiasa mantap dan anjal terutama kala usia meningkat. Tidak kira saiz masalah payudara dan kesihatannya tidak harus diabaikan dan perlu perhatian seperti bahagian badan lain pada tubuh.

Antara sebab payudara tidak lagi mantap dulu ialah berat badan mudah naik dan turun. Kehamilan juga adalah antara faktor payudara mula tidak menarik dan kurang anjal. Ada sesetengah wanita mula hilang keyakinan diri dan berasa tidak selesa apabila keadaan fizikal buah dada tidak lagi sama seperti di zaman remaja.

EH! kongsi cara untuk memantapkan payudara anda secara semulajadi.

Urutan payudara akan meningkatkan keanjalannya. Selain itu ia juga dapat menghidrat dan melembutkan payudara. Gunakan minyak zaitun sambil membuat urutan di sekitar payudara dan lakukan urutan ini setiap minggu untuk mendapatkan hasilnya.
Elakkan tidur meniarap agar payudara akan kendur disebabkan oleh tekanan dari badan anda.
Sentiasa memakai coli bersaiz tepat kerana ini akan memberikan payudara anda sokongan yang optimum. Wanita yang mempunyai payudara yang besar seharusnya sentiasa memakai coli agar ia tidak mudah kendur dan jatuh.
Melembabkan payudara adalah harus untuk memastikan keanjalannya. Pelembap akan menghidrat kulit pada payudara anda seterusnya menjadikannya lebih tegang.
Senaman juga adalah salah satu faktor untuk memantapkan payudara anda. Ada beberapa jenis senaman yang harus anda lakukan antaranya push-ups, squats dan chest press. Lakukan 1 hingga 3 set dan membuat ulangan 8 hingga 16 kali pada setiap senaman.
Gunakan masker seminggu sekali untuk mendapat keanjalan payudara anda. Antara bahan untuk membuat masker ialah timun, full fat cream dan putih telur. Gaul sebati kesemua bahan dan lumurkan di sekitar payudara anda tunggu selama 20 minit kemudian bilas dengan air bersih.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »