Kereta Banyak Sticker Pasal Islam, Tapi Bila Memandu Macam...


Beberapa hari lalu saya ternampak seorg lelaki berkopiah putih marah isteri dan anak2 sebab lambat makan (mungkin dia kecemasan kot). Di masjid ketika saya singgah solat, terserempak dgn seorg yg berpakaian sunnah memandang saya: saya senyum. Dia tak senyum malah lihat atas bawah. Mungkin saya hanya pakai tshirt & seluar besar mcm Rappers Seniour. Semalam saya terserempak kereta yg penuh sticker Islamik malah terpampang kalimah syahadah penuh cermin blkg keretanya memandu mcm ambulan, potong, cucuk blkg kereta org dan hon2.

Saya terpanggil nak tulis ni disebabkan kejadian2 tersebut. Saya rasa ramai rakan2 fb pun pernah mengalami dan melihat hal yg sama.

Sedih: orang yg membawa imej Islam, tapi tak berperanan membawa Islam. Malah bg saya: mereka yg bersikap sebegini mencerminkan Islam itu tak cantik pd pandangan org lain, apatah lg org bukan Islam melihatnya.

Terkadang kita rasa kita hebat sebab kita ahli masjid. Terkadang kita rasa kita hebat sebab kita berpakaian Islamik & anak2 kita juga Islamik. Terkadang kita rasa hebat sebab kita ustaz atau ustazah.

Mohon maaf. Bukan nak kata pada sesiapa. Tapi saya nak kita fikir sejenak. 
Mmg betul kita kena beramal soleh, tapi adakah dgn amal soleh boleh kita pandang lekeh pd org lain? Mmg betul kita dituntut hidup & berpakaian syariat, tapi adakah dgn pandang hina pd org lain? Mmg betul kita ustaz & ustazah, tp adakah kita yg terbaik? 
Kdg2 kita tak sedar, kita yg bawa imej Islam membuatkan org benci pd Islam. Disebabkan sikap kita.

Cuba kita renung sekejap hadis ini: 
Suatu hari ketika Rasulullah saw & para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba2 berkata: sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga.
Sebentar kemudian dtg seorg pemuda yg muka & tangannya basah berwudhuk, sambil sebelah tgn memegang sandal. Penampilan sgt sederhana. Tiada apa yg istimewa. 
Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw & beberapa sahabat duduk di tempat sama, sekali lg Rasulullah saw kata: sebentar lg datang pemuda ahli syurga.
Sebentar kemudian, pemuda yg sama sampai. Pun berpenampilan sama.
Salah seorang sahabat yg ada di situ ialah Muaz bin Jabal ra. Beliau ingin sgt tahu apa rahsia lelaki itu yg dikatakan ahli syurga. Dia mencari jalan utk tidur di rumah lelaki itu dgn memberi pelbagai alasan.

Pemuda itu benarkan Muaz tidur di rumahnya.
Malam itu ketika Muaz bangun bertahajjud, pemuda itu masih nyenyak tidur hingga ke Subuh.

Pemuda itu bangun Subuh. Selepas Subuh pabila mereka membaca Al Quran, lelaki itu tersangkut-sangkut merangkak membaca. Tidak seperti Muaz. Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz bersolat Dhuha. Tapi lelaki itu tidak. Dan hari yg sama Muaz berpuasa sunat, tapi lelaki itu tidak.

Muaz pun menceritakan apa yg Rasulullah saw telah katakan.
Pemuda itu berkata:

Amalanku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar baca Al Quran. Aku masih tak mampu bangun bertahajjud. Aku juga tak mampu lg solat dhuha. Apatah lg berpuasa sunat.
Tapi sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan 3 perkara yg baru ku pelajari:

1. Aku sgt cuba tidak sakitkan hati sesiapa. Samada kaum keluargaku, jiranku, sahabatku mahupun orang yg tak kukenal.
Muaz berkata, subahanallah. Lagi...

2. Aku cuba elakkan diri dari memarahi sesiapa. Dan aku akan maafkan semua org yg membuat salah kepadaku.

Muaz berkata, subahanallah. Lagi...

3. Aku cuba jaga tali silaturrahim. Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.

Itulah yg mampu aku lakukan.

Subhanallah...
Sahabat2 sekalian. Jika kita rasa kita hebat dgn imej kita, kita silap. Jika kita rasa kita hebat dgn amalan kita, pun silap. Kalau kita rasa kita tak payah beramal, lagilah jauhnya silap kita.
Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pakaian sunnah tapi apa yg keluar dari mulut kita sentiasa sakitkan hati isteri, hati suami, hati anak, hati sedara mara, hati orang, apatah lg hati ibu bapa.
Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pakaian sunah tp selalu marah maki hamun org dan penuh dendam kesumat dlm dada. Apatah maafkan orang.... jauh sekali.
Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, kereta bertampal penuh sticker Islamik tapi sering bergaduh, kawan selalu salah kita saja yg betul, sedara mara mula dekati kita, kita tak hairan... apatah lg nak melawat dan berkunjung usah diharap....
Fikirkan..... Cikgu Yaser

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »