Kisah Sedih Jurusolek Kena Kanser Viral, Tiba-tiba Rezeki Tempahan Pelanggan Datang Tidak Putus Daripada

Semalam viral di media sosial mengenai satu perbualan antara seorang jurusolek dan pelanggannya.


  




Semalam viral di media sosial mengenai satu perbualan antara seorang jurusolek dan pelanggannya. Perbualan itu menceritakan pelanggan tersebut bertindak membatalkan tempahan sebaik sahaja mengetahui jurusolek tersebut menghidap penyakit kanser usus besar tahap tiga. Bukan itu sahaja, wang “refund” juga turut diminta kembali tanpa ada rasa serba salah di pengakhiran perbualan tersebut. Hanya kerana mendapat tahu jurusolek ini menghidap kanser, pelanggan tersebut terus memberi mesej ingin membatalkan servis makeup wanita ini.

Jurusolek yang dikenali sebagai Iyda Yusof memuat naik status bukan untuk memalukan pelanggan namun dia hanya ingin menyampaikan kepada orang ramai agar tidak perlu risau akan keadaanya. Selagi masih kuat dan berdaya untuk memenuhi permintaan pelanggan, dia akan berikan perkhidamtan yang baik. Namun sejurus screenshot serta status dimuat naik ke laman Facebook beliau, orang ramai mula berkongsi dan mula viral di Facebook.

Menurut Iyda Yusof, dia langsung tidak rasa terkilan jika pelanggan membatalkan tempahan malah dia sendiri menganggap segala yang berlaku hanya dugaan dan rezeki yang datang berpunca dari ketentuan Illahi

Iyda akui dia tertekan selepas mendapat tahu dirinya menghidap kanser dan riwayat hidup masih ada 6 bulan dan paling lama setahun. Walau bagaimanapun, ajal dan maut semua di tangan tuhan, Iyda hanya mampu kuatkan semangat dan percaya setiap peyakit ada penawarnya.

Sejurus sahaja kisah ini viral, ramai pelanggan membuat tempahan baru malah ramai ingin menyertai kelas solekan yang diadakan. Namun, di atas penyakit yang dihidap, ada juga sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan memberitahu pelanggan lain agar tidak meneruskan servis wanita ini.

Tambah Iyda, sakit macam mana sekalipun, selagi hayat dikandung badan, dia akan tetap bekerja dan meneruskan servis makeup demi menampung perbelanjaan rawatannya di hospital.

"Saya juga bersyukur selepas perkara ini ‘viral’, lebih ramai pelanggan yang membuat tempahan termasuk mahu menyertai kelas solekan yang saya anjurkan.

"Saya sudah menerima tempahan sehingga Mac tahun hadapan dan saya tidak terfikir langsung yang saya akan tiada pada masa itu, sebaliknya saya yakin yang saya akan sihat

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »