Bekas isteri Adam (AF) iaitu Fiza Halim, memuat naik gambar di laman Instagramnya, menimbulkan persoalan ramai, apakah beliau akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi? Sebelum itu, Fiza memuat naik gambar dirinya bersama dengan seorang lelaki (@ajj_ecot) yang tidak ditunjukkan wajahnya, menjadi bualan para forumer di mForum Cari.
Di sebalik itu, di bahagian ruangan komen pula menampakkan Fiza berang dengan seorang pengguna Instagram, Queen of My King 4 Ever.
"Do I care? Cuba nilai diri sendiri dahulu dari nilai kurangnya diri orang. Siapa suruh tak pandai jaga laki? Dah laki tak nak baru nak salahkan orang lain.
"Sebelum nak tuduh orang, kau ada bukti ke? Excuse me, aku usaha untuk diorang berpisah? Tolong sikit ya, tak tahu cerita jangan main sedap mulut bercakap saja. Apa yang kau tak puas hati sebenarnya? Aku ambil laki kau ke?" katanya.
Kenyataan Fiza itu juga dipertahankan oleh rakannya.
"Yang dengki sangat tu kenapa? Sakit hati tengok orang bahagia ke? Kalau cik abang itu sayangkan Fiza kita, apa masalah awak? Dua dua singgle. Cemburu ke? Fiza kita memang cantik, malah baik. Tentu ramai orang sayang dia. Cukup-cukuplah cemburu kat orang. Ke awak ada taruh harapan pada BF dia tu?" kata Suntil_Smurf.