Beranijuga kadang kadang selebriti kita memuat naik gambar seksi mereka di laman sosial, bukan apa peminat sekarang ini masing masing sudah seperti jerung. Pantang ada salah sedikit, pasti akan datang kritikan yang menyakitkan hati.
Terbaru Julia Ziegler ada memuat naik beberapa keping gambar dirinya yang hanya berbikini ketika bercuti di Pulau Redang, Terengganu dan beliau mengakui tidak kisah dengan apa persepsi masyarakat sekeliling — hanya mahu bergembira.
BACA: Julia Ziegler Bercinta Dengan Rakan Lama, Belum Rancang Untuk Kahwin
“Saya tidak kisahlah apa orang nak cakap, yang penting saya gembira dengan apa yang saya lakukan, sampai bila kita nak fikir apa orang cakap tentang kita”
“Saya hanya ingin kongsi apa yang menarik di pulau ini dan aktiviti yang saya lakukan bersama kawan-kawan. Ini masa untuk bergembira selepas penat bekerja dan berhadapan dengan tekanan di Kuala Lumpur,” ujarnya kepada mStar Online.