Tirai pembukaan perlumbaan kereta NASCAR dicemari insiden kemalangan menyebabkan kira-kira 33 penonton cedera di Litar Antarabangsa Daytona, Florida.
Pada kejadian itu, kereta pemandu Kyle Larson melambung dan serpihan kenderaan tersebut terdiri daripada enjin dan tayar berterbangan ke arah penonton.
Presiden litar, Joie Chitwood berkata, seramai 19 penonton cedera dibawa ke hospital dan 14 lagi diberi rawatan di litar tersebut.
Beliau berkata, dua cedera parah dan seorang lagi dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan.
"Kami tidak dapat memberikan maklumat terperinci tentang kejadian itu ketika ini," katanya.
hahaha.. Terkono Den