Susulan 'diserang' dari pelbagai pihak, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, tampil memberikan responnya biarpun bakal mengetahui penjelasannya itu seperti tidak mendatangkan faedah. Namun, berdiri di atas berani kerana benar, beliau tetap mahu menjawab segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
Rasanya saya perlu jawab dua kenyataan secara serentak. Saya juga adalah rakyat. Tetapi sebelum itu? Berapa umur korang? Korang sendiri tidak ambil pusing untuk membaca latar belakang pemimpin.
Ingat Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi cakap ikut suka-suka dia? Ingat dia bercakap sebab dia lahir-lahir saja terus menjadi TPM?
Dia, Ahmad Zahid Hamidi, bercakap berdasarkan dari pengalaman dia. Berbanding dengan zaman 70'an dia, rakyat Malaysia sekarang memang semakin malas dan memilih kerja.
Nak tahu berapa gaji saya selepas grad dulu? Gaji saya dulu RM1,700 dan pada ketika itu ayah saya bukan seorang menteri pun! Masa zaman sekolah dulu, saya curi-curi kerja di medan selera di Jaya Jusco Alpha Angle, Wangsa Maju sebab nak tambah duit poket. Cuti semester, saya kerja dengan production house untuk mencari pengalaman. Korang semua tak boleh juga cakap ikut sedap tekak sendiri sebab saya pun ada tekak saya sendiri untuk bercakap.
Apa maksud korang 'Orang Atasan'? Apa maksud korang 'by rakyat'? Saya juga adalah rakyat! Saya bukannya kaum kerabat mana-mana istana atau anak raja. Jadi tolong fahamkan di sini dengan jelas.
Saya bercakap bahasa pasar agar orang senang menerima dan faham. Or else ada ke so called anak orang atasan lain yang korang semua kenal melayan 'rakyat' seperti yang saya buat sekarang? Ada? Tak ada kan?
Jadi tolonglah, selain daripada cuba mendesak saya berada di situasi korang, cuba berada di situasi saya terlebih dahulu. Banyak isu perlukan penyelesaian bersama, bukannya menambahkan masalah secara berjemaah. - Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid
1 comments:
commentsOoiii...maih aku nk gtau ..siapa yg memilih kerja... yg dok kaki pilih ni yg ada pelajaran ... bru diploma mnta gaji rm3k ... sapa nk bagi... aku percaya yg tiada pelajaran kerja gali kuboq pun boleh... skrang ni sapa yg buat kerja tu... minah turun padang tgok sendiri jgan main sedap cakap ... skrang puak hampa bwa masok lagi 1.5 juta... sekarang pun dh x trtanggung macam2 masalah...dokkk cari masalah lagi... x ker bodo namanya...
Reply