Buat masa ni saya tak nak masuk campur hal PRN Sarawak KECUALI jika ada kaitan dengan isu 1MDB dan akaun Najib. Sebenarnya agak keliru juga kedudukan kita yang mahu melihat BN menang tapi waktu sama kita juga tidak mahu Najib kekal sebagai PM. Kita dah boleh agak sekiranya BN menang besar di Sarawak, pastinya Najib akan cuba curi kredit kononnya rakyat Sarawak menyokong kepimpinan beliau padahal Adenan sendiri resah jika nama Najib ditonjolkan sepanjang kempen berjalan kerana nama Najib sudah menjadi liabiliti kepada BN.
Tengok, manifesto BN Sarawak pun tidak ada muka Najib !
Tidak pasti samada muka2 calon BN dalam poster dan banner akan turut disertakan muka Najib sebagaimana biasa yang kita lihat ... tapi rasanya tidak kot sebab apa yang diwar2kan adalah Team Adenan bukannya Team Najib !
Sememangnya Adenan pandai membaca perasaan rakyat ....
TAPI ... bila ada calon BN yang mengeluarkan ayat bangang macam di bawah ni, terpaksa jugalah komen sepatah -
Calon Dugong, Datuk Tiong Thai King berkata kemelut 1MDB berlaku kerana pembangkang gagal dalam tugasnya memantau kerajaan.
Dalam temu-bual dengan akhbar berbahasa Cina, China Press Tiong berkata pembangkang mengabaikan tugas mereka dan menjadi tidak relevan kerana ia tidak dapat berpernan dengan berkesan.
"Mereka (pembangkang) gagal memantau kerajaan dan menghalang semua perkara ini daripada berlaku.
"Jika mereka telah gagal dalam tugas, mengapa kita perlu terus mengundi mereka?" soalnya.
Huh ? ? Mengalahkan Mat Maslan dia punya spin ! HEBAT !
Kita nak jawab pun boleh terkesima sekejap ..... sampai sekarang saya masih tercari2 point nak jawab macamana ....
PRN Sarawak ~ Poster Najib Pun Tak Boleh..!
Ini namanya langkah pencegahan..! Pencegahan bercabang..!
Poster PM tak boleh guna untuk kempen PRN Sarawak
KUCHING: “Tidak ada poster atau banting mana-mana pemimpin yang boleh dipasang kecuali hanya calon yang bertanding dibenarkan untuk diletak di sekitar negeri ini”.
Demikian kata, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah apabila menetapkan peraturan asas untuk musim kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan bermula Isnin ini.
“Sebaik sahaja penamaan calon berakhir, barulah kempen rasmi boleh bermula,” katanya pada sidang media di pejabat SPR di sini hari ini.
“Jika ada yang meletakkan perkara-perkara pelik atau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan calon atau parti, seperti meletakkan gambar seseorang individu tertentu bersama-sama dengan kapsyen negatif atau fitnah, maka kita akan ambil tindakan sewajarnya terhadap mereka,” katanya
Mohd Hashim berkata, hanya gambar-gambar calon dan manifesto parti sahaja yang boleh diletakkan sehingga hari membuang undi pada 7 Mei nanti.
“Jangan menghina orang lain. Jika anda tidak bersetuju dengan sesuatu dan memutuskan untuk meletakkan papan iklan negatif sebagai contoh, kita tidak akan membenarkan.
“Itu hanya mengambil kesempatan untuk memfitnah seseorang,” ujarnya.
Dalam pada itu beliau menjelaskan, menerusi peraturan tersebut ia bermakna gambar-gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau mana-mana pemimpin politik semenanjung yang lain tidak boleh digunakan dalam tempoh dua minggu berkempen.