Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali memberi penyelesaian kepada media berhubung ahli-ahli politik yang sering mendakwa bahawa mereka telah disalah rujuk terhadap sesuatu kenyataan yang dikeluarkan, sebaliknya mengheret mereka ke mahkamah.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan The Sun, R Nadeswaran yang mengeluh bagaimana pengamal media dituduh menerbitkan berita palsu tetapi ahli politik berkenaan hanya boleh mendakwa bahawa dia telah disalah petik.
Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali menggesa pengamal media agar mengambil tindakan dengan menyaman menteri atau pemimpin di samping membekalkan segala bukti seperti rakaman temubual di mahkamah.
Katanya, bukan semua menteri berbohong, hanya segelintir daripadanya yang berbuat demikian. – Read more source KINITV
Tan Sri Apandi Ali sudah lapan bulan dilantik sebagai peguam negara.
Di sebalik pelbagai cabaran, beliau sendiri hairan bagaimana beliau berjaya mengharungi semua cabarannya.
“Saya hairan, terkejut, bagaimana saya berjaya harungi lapan bulan ini,” katanya menjawab soalan Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang.
Azman meminta belau mengulas tempoh lapan bulan perkhidmatannya dalam sebuah acara bersama pengamal media di Kuala Lumpur hari ini.
Apandi mengakui tempoh itu amat menguji buat beliau.
“Saya terima tugas ini dalam keadaan paling tidak kondusif, (tetapi) saya terimanya sebagai cabaran.
“Saya sentiasa suka cabaran. Saya selalu beritahu diri sendiri dan semua orang, sekali tugas melibatkan undang-undang, yang mana saya gemarkannya, minatnya ada.
“Bagaimana sukar pun, saya sukakannya. Walaupun berdepan kritikan, saya terima dengan tenang,” katanya.