*LIKE&SHARE
Tuan admin, Saya pun nak share sedikit pengalaman sya yang hampir2 terlibat dengan AJ ni..tetapi nasib sya baik kerana terjumpa dengan PAGE ini...
Begini, pertamanya saya tertarik dengan AJ nie kerana program mykad yang kononnya boleh menjana pendapatan, lagi pun sya tertarik dengan seorang sahabat saya yang terlibat dengan benda ni yang klu dilihat gambar2 kat FB semuanya gambar yang high2 saja..siap pakai blazer dan kot mengalahkan menteri kat Malaysia ni...kononnya ler... smile emoticon
Jadi, sya pun menghubungi kwn saya ni utk dapatkan maklumat lanjut berkaitan bisnes yang beliau jalankan. Malangnya kwn saya ini tak nak cerita detail kat sya melalui telefon atau pun whatsapp..katanya ini bukan bisnes biasa2 mcm yang tepi jalan tu...
Jadi bertambah menjadi tertanya2 apa sebenarnya bisnes ni. Hebat betul smpaikan tak boleh cerita kat dalam fon. Jadi dia suruh saya datang ke pejabat AJ dekat Sg. Besi tue untuk diceritakan lebih lanjut berkaitan bisnes nie..
Mungkin Allah tu masih melindungi saya untuk terlibat dengan benda ni, banyak sahaja perkara yang menghalang saya untuk hadir ke pejabat AJ di Sg. Besi tue..Asalkan nak pergi ke sana, sya kerja la, anak sakit dan sebagainya. Tetapi akhirnya tak tau mcm mana, sya "ter" pergi ke event dorg yg lebih besar iaitu kat ASKL di PICC baru2 nie...Mungkin Allah nak tunjuk apa sebenarnya AJ ni kat saya..
Itu pun sebelum kawan sya ajak join ke ASKL tu siap suruh sya bayar duit tiket masuk ke ASKL tu, tak silap sya dia minta sya bayar RM100 lebih gak, sya berkeras tak nak bayar. Sebab sya fikir apa ke jadah nak bayar, saya ni pun baru sekadar nak maklumat lanjut berkaitan AJ ni pun. Dekat sini pun saya dah mula rasa pelik dan ada yang tidak kena dgn AJ nie..Akhirnya, kwn saya tue mengalah dan setuju utk sponsor tiket saya tu..hahaha..gila betul AJ ni, kaw2 dorg makan duit ahli sndiri. Kesian jgkla kat kawan saya tu...
Di pendekkan cerita, saya pun sampai la ke PICC dan masukla ke ASKL tu. Dari pemerhatian sya, semuanya segak2 belaka ahli2 AJ ni semuanya siap pakai blazer dan kot ala2 jutawan gitu...tapi kenderaan mereka ada yg pakai motor buruk dan kereta buruk..kesian... bukan niat sya nak menghina mereka..ada yg pakai kereta mewah jgk, tapi saya rasa itu mesti leader dan bos2 dorg...
Lepas tu dah dapat masuk dan start la program mereka, sya ingat speaker yang pertama tu bangsa cina dari Sabah yang dah berjaya kononnya..ckp melayu pun tergagap2 mcm apa jer. yang melayu kat bawah jadi tukang sorak. Apa yang membuatkan saya bertambah curiga adalah cerita berkaitan program mykad tu sikit sgt di sentuh, ttp cerita ttg kejayaan beliau saja yang byk disentuh.Begitulah speaker demi speaker, cerita pasal kejayaan dorg jer...bosan giler..
apa yg saya lihat kejayaan dorg tu bukan dari pada aktifkan mykad ataupun kedai2, tetapi kejayaan dorg dlm AJ ni adalah cari orang utk masuk AJ dan ambik lesen..
Lepas tu masa rehat, kwn saya paggil la dia punya leader utk terangkan apa AJ kat sya...Sya pun da semangat nak dengar, tapi apa yang menghampakan sya, cerita pasal mykad tu sikit sangat, yang bnyak adalah cerita pasal pakej lesen dlm AJ tu saja. pasal lesen yg harga RM1000 tu ok lagi la sya rasa...tapi dah start smpai lesen harga RM22 k tu sya terus terang saya x mampu la...
Apabila saya kata tak mampu, dia offer kat saya untuk buat loan pulak. Sebab dia tau saya penjawat awam dan mudah utk buat loan..tetapi saya bukan bodoh mcm dorg. Sampai siap paksa2 org buat loan sya jadi tawar hati la dan terus minta diri untuk balik ke rumah...
Dorang tak mengalah lagi, dia bagi tahu ada cara untuk ambik lesen ni free dan cara untuk cover duit bayar loan, 1 sen pun x usik duit gaji saya kata leader tersebut..saya pun layankan jer. Dia kata klu nak ambik lesen free buat loan RM66k yakni ambik 3 lesen terus..mmg saya terkejut sgt2..saya kata mcm mana nak cover bayar loan plak. dia kata jgn risau, boleh cover dgn duit inkubator yg syarikat byar tiap2 bulan iaitu anggaran rm200 - rm500 sebulan...
Dorang ingat saya bodohkah nak keluarkan duit sebanyak tu..gila la nak tanggung loan RM66k semata2 utk beli lesen tue. Kebanyakan yang dah terjebak dalam AJ ni sya tengok dorang dah tak ada cara lain dan dah terdesak, mau tak mau kena gak cari orang baru untuk beli lesen tu utk cover loan..memang betul2 jahatla mereka2 ni..jilake betulla..
Kepada ADMIN teruskan usaha anda membongkar ketahian AJ ni agar orang ramai tidak terperangkap dengan muslihat AJ ni...kipidap admin..!!
#affiliatejunction
#testimoni
#scamaffiliatejunction
Kredit : Say No To AJ
17 comments
commentsAkak sy dh kena . Sedih sgt sy ni student lg. Niat nk bntu kluarga last2 jd mcm ni. Apa yg diceritakn lain, apa yg jd lain.
ReplyJd end user yg baik ye
ReplyMenipu, peras hidup org lain utk buat ahli AJ hidup senang lenang. Tak ada sifat perikemanusiaan langsung
ReplyKenapa ye ahli mcm terdesak paksa anak sy yg baru masuk universiti utk joint affiliate junction ni.. Budak yg naif x tau apa dipaksa utk joint, dh tentu la klau joint menyusahkan mak bapak utk byr rm1000 tu.. Alhamdulillah anak dilindungi Allah dari joint
ReplyYup....jgn join affiliate junction (AJ)....pesan kat famili,kawan2...
ReplySenang cite, dia mcm MLM jgk la....
🤣🤣🤣🤣🤣
Ni AJ mysmartshopper kat Sg Besi kan? 2 hari lepas saya ada jumpa leader dia kat tempat tu. sangat mencurigakan. dia earn money(komisen) dari merekrut org.
ReplyKorang ni ckap mcm main hentam ja srs lah dah tau betul2 pasal. Aj?
ReplySedih bila baca komen....yg komen ni semuanya x tahu ape-ape pasal AJ....jgn trlalu cepat menyimpulkn sesuatu yg kita x tahu
ReplySebenarnya yg menuduh bukan-bukan tntng AJ telah disaman sbnyak 3 juta....pesalah pun tlh mengaku brsalah...kalau x prcaya bleh tgk dlm youtube:pengakuan trbuka defendan menuduh AJ scammer...cuma page ni je masih lagi tidak dpadam oleh org brkenaan...jgn sebarkn berita palsu dan jgn menuduh ahli AJ bnda yg bukan-bukan....fitnah itu lbih truk drpd membunuh...
ReplyAJ ada Shariah compliance dan dah dapat Malaysia Book of Record, kesian blog lama.
ReplyPenulis blog telah disaman oleh company Isynergy, boleh check dekat official youtube page.
https://youtu.be/HPzxZNZTB38
End user... Hahaha jgn nak kecewa lah.. bila dah masuk.. rm1500 learn ptama.. Lepas Tu kena recruit cri org LG.... Lps Tu approach org utk upgrade smpai 10k.. hahah.. system app ok dah.. knp tak running jer system s
ReplyBetul...sy sendiri dah kena, terkesan hingga kini
ReplyYes.. kat U sya ramai sggt student jd mangsa. Diorang mcm desak giler student sruh join and kene byar 1K untk join... Mmng giler x de prasaan langsung.. kitaorang student mna nk dpat 1k... Duit nk mkan pon cukup2 tu pon buat kerja part time sana sini...
ReplySaya dan suami pun pernah masuk AJ pada 2011. Lama jugak suami bertahan. 4 tahun. Kami selalu bergaduh sbb AJ. Sbb suami hbs duit gaji nak beli ticket utk ke ASKL. Kmdn hbs duit beli ticket masuk ASKL utk kwn2 dia. Kebnykknnya tak beli pun lesen. Mmg betul2 dugaan dulu. Last2 suami berhenti jugak demi keluarga. Saya perasan kebykkan leader2 zaman kami dulu, byk yg dah tak buat AJ, rasanya tinggal leader2 besar saja. Mmg betul diaorg tak fokus pun pd business smart shopper. Lbh kpd nak dpt duit dr lesen. Pakai smart2 tu wajib 😆. Kete buruk tu ramai 😜. Termasuk kami 🤪. Skg kami tak buat dah. Diaorg kata kami xusaha lebih. Mmg lah tak usaha. Mcm mana nak usaha sbb asyik suruh jual lesen saja. Diaorg kata jual lesen lagi untung 😒. Hbs apa function smart shopper??
ReplyApa citer AJ skrg? Incubator dgn GAB senyap je..dh xbayar ke kepada pemegang lesen terawal?
Reply